AURAT SEORANG MUSLIMAT
1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan
yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan
bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki memakai gelang berlonceng – Dan janganlah mereka
(perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31).
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan
mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan
loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian
kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka
wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya
terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong
belang – Petikan dari Hadist Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain kerudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau
meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat
At-Thabrani,Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi
cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim.
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu
dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang
dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja
membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang
Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan – Asma Bin Abu Bakar telah menemui Rasullulah
dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma!
Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya
menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja –
Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu
lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal
baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti
pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja
manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan
dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu
lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan
serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik –
Petikan dari Surah Al-Ahzab Ayat 32.
Sabda Rasululla SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang
mereka namakan dengan yang lain, yaitu kepala mereka dilalaikan oleh
bunyi-bunyian (musik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan
tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn
Majah.
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,
hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan
mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.Apabila
seorang perempuan itu sholat lima waktu, puasa di bulan Ramadan,
menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam
Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat
Al Bazzar.Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di
rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan
tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu
Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan
terutama yang mencolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian
kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu
Daud, An Nasaii dan Ibnu Majah.
Petikan dari Surah Al-Ahzab Ayat 59.
: Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak
perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka
memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya
mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha
pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebagian ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang
berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang
lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak
akan mencium baunya -Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bagian tertentu.
13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan
yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka
adalah mereka itu di dunia tidak mau menutup rambutnya daripada dilihat
oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar