اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي
يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ، اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ
الْبَقَرَةَ، وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ، فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ، أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ،
أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ، تُحَاجَّانِ عَنْ
أَصْحَابِهِمَا، اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ، فَإِنَّ أَخْذَهَا
بَرَكَةٌ، وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ، وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ. قَالَ
مُعَاوِيَةُ: بَلَغَنِي أَنَّ الْبَطَلَةَ: السَّحَرَةُ
“Bacalah al-Qur’an kerana sesungguhnya di hari kiamat nanti ia akan
menjadi syafa’at kepada orang-orang yang mengikutinya (menjadi ahlinya).
Bacalah al-Zahrawain (dua cahaya yang bersinar), iaitu surah al-Baqarah
dan Surat Ali ‘Imran. Kerana keduanya akan datang pada hari Kiamat
seakan-akan dua awan besar atau seperti dua kelompok besar dari
burung-burung yang akan menjadi hujjah (pembela) orang-orang yang
sentiasa membacanya. Kamu bacalah surah al-Baqarah, kerana mengambilnya
adalah barakah, meninggalkannya adalah kerugian, dan al-Bathalah (ahli
kebathilan) tidaklah dapat menguasainya.” Kata Mu’awiyah: Al-Bathalah
(Ahli kebathilan) adalah tukang sihir.” (Musnad Ahmad, no. 22213. Shahih
Muslim, no. 804)
An-Nawwas B. Sa’man al-Kilaabi radhiyallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
يُؤْتَى بِالْقُرْآنِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
وَأَهْلِهِ الَّذِينَ كَانُوا يَعْمَلُونَ بِهِ تَقْدُمُهُ سُورَةُ
الْبَقَرَةِ، وَآلُ عِمْرَانَ، وَضَرَبَ لَهُمَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثَةَ أَمْثَالٍ مَا نَسِيتُهُنَّ بَعْدُ،
قَالَ: «كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ، أَوْ ظُلَّتَانِ سَوْدَاوَانِ
بَيْنَهُمَا شَرْقٌ، أَوْ كَأَنَّهُمَا حِزْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ،
تُحَاجَّانِ عَنْ صَاحِبِهِمَا
“Akan didatangkan dengan al-Qur’an pada hari kiamat dan ahlinya yang
mana dia beramal dengannya, terutamanya Surah al-Baqarah dan Ali
‘Imran.”
Dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah membuat tiga permisalan dengan keduanya yang aku tidak akan lupa setelah itu:
“Kedua-dua Surah (Al-Baqarah dan Ali ‘Imran) seperti awan atau naungan
(payung) yang berwarna hitam yang di antara keduanya ada cahaya, atau
keduanya seperti sekelompok burung yang berbaris yang melindungi orang
yang mengikuti (mengamalkan) kedua Surah tersebut.” (Shahih Muslim, no.
805)
Dalam riwayat at-Tirmidzi:
يَأْتِي القُرْآنُ وَأَهْلُهُ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ بِهِ فِي الدُّنْيَا تَقْدُمُهُ سُورَةُ البَقَرَةِ وَآلُ عِمْرَانَ
“Akan didatangkan dengan al-Qur’an pada hari kiamat dan ahlinya yang
mana dia beramal dengannya di dunia terutamanya Surah al-Baqarah dan Ali
‘Imran.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 2883)
Kemudian Imam at-Tirmidzi mengatakan:
وَمَعْنَى هَذَا الحَدِيثِ عِنْدَ أَهْلِ
العِلْمِ أَنَّهُ يَجِيءُ ثَوَابُ قِرَاءَتِهِ، كَذَا فَسَّرَ بَعْضُ
أَهْلِ العِلْمِ هَذَا الحَدِيثَ وَمَا يُشْبِهُ هَذَا مِنَ الأَحَادِيثِ
أَنَّهُ يَجِيءُ ثَوَابُ قِرَاءَةِ القُرْآنِ. وَفِي حَدِيثِ النَّوَّاسِ
عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَدُلُّ عَلَى مَا
فَسَّرُوا إِذْ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
وَأَهْلُهُ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ بِهِ فِي الدُّنْيَا فَفِي هَذَا
دَلَالَةٌ أَنَّهُ يَجِيءُ ثَوَابُ العَمَلِ
“Dan makna hadis ini di sisi ahli ilmu, bahawasanya mereka berpendapat
akan didatangkan pahala kepada pembacanya. Demikianlah tafsiran
sebahagian ahli ilmu tentang hadis ini dan apa yang serupa dari
hadis-hadis berikut bahawasanya akan didatangkan pahala bacaan
al-Qur’an. Dan di dalam hadis an-Nawwas daripada Nabi Shallallahu
‘alaihi wa Sallam tersebut menunjukkan ke atas penafsiran apabila Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata:
“Dan ahlinya yang beramal dengannya di dunia.” Maka padanya ini adalah
dalil bahawa akan didatangkan pahala amal.” (Sunan at-Tirmidzi, 5/160)
Hadis Dhai’f, Tidak Sahih!
Imam at-Tirmidzi meriwayatkan:
أَخْبَرَنَا حَفْصُ بْنُ سُلَيْمَانَ، عَنْ كَثِيرِ بْنِ زَاذَانَ، عَنْ عَاصِمِ بْنِ ضَمْرَةَ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ
“Telah menghkhabarkan kepadaku Hafsh B. Sulaiman, daripada Katsir B.
Zaazaan, daripada ‘Ashim B. Dhomrah, daripada ‘Ali B. Abi Thalib beliau
berkata:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ وَاسْتَظْهَرَهُ،
فَأَحَلَّ حَلَالَهُ، وَحَرَّمَ حَرَامَهُ أَدْخَلَهُ اللَّهُ بِهِ
الجَنَّةَ وَشَفَّعَهُ فِي عَشَرَةٍ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ كُلُّهُمْ قَدْ
وَجَبَتْ لَهُ النَّارُ
“Sesiapa yang membaca al-Qur’an dan menghafaznya, menghalalkan apa yang
dihalalkan oleh Allah, dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah,
maka Allah memasukkan dengannya ke Syurga dan boleh memberi syafa’at
(pertolongan) sepuluh orang dari ahli keluarganya yang telah dipastikan
masuk Neraka.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 2905)
Kata at-Tirmidzi rahimahullah (Wafat: 279H):
هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ
إِلَّا مِنْ هَذَا الوَجْهِ وَلَيْسَ لَهُ إِسْنَادٌ صَحِيحٌ، وَحَفْصُ
بْنُ سُلَيْمَانَ أَبُو عُمَرَ بَزَّازٌ كُوفِيٌّ يُضَعَّفُ فِي الْحَدِيثِ
“Hadis ini ghariib (asing), tidak diketahui darinya melainkan dari wajah
ini dan tidak memiliki isnad yang sahih. Dan Hafsh B. Sulaiman adalah
Abu ‘Umar, saudagar dari Kuffah, dan beliau dilemahkan dalam hadis.”
(Sunan at-Tirmidzi, 5/171)
Syaikh al-Albani mengatakan, “Dha’if jiddan.” Diriwayatkan oleh Ahmad, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan ad-Darimi.
Sebagai catatan dan peringatan:
Maka telah kelirulah orang-orang yang mengabaikan al-Qur’an, tidak
membacanya, dan tidak juga mengamalkannya, lalu dia beranggapan dengan
menghantar anak-anak menghafaz dan mengamalkan al-Qur’an, kelak akan
mampu menyelamatkannya di hari Kiamat.
Hakikatnya, yang paling utama untuk berusaha beramal dengan al-Qur’an
itu adalah dirinya sendiri sebelum dia boleh menjadi contoh dan
memerintahkan orang lain mengamalkannya. Bukan hanya sekadar
memerintahkan sang anak menghafaz Surah itu dan ini, tetapi dia sendiri
berlepas tangan dari al-Qur’an lalu kemudian boleh pula mengharap
amal-amal (bacaan al-Qur’an) anaknya tersebut menjadi syafa’at untuknya.
Sungguh ini benar-benar keliru.
Renungilah firman Allah Ta’ala berikut:
يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ
(88) إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ (89) وَأُزْلِفَتِ
الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ
“(Iaitu) di hari yg di mana harta dan anak-anak tidak lagi bermanfaat,
kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang saliim (bersih
suci). Dan didekatkan al-Jannah (Syurga) itu untuk orang-orang yang
bertaqwa.” (Surah asy-Syu'araa, 26: 88-89)
Allah Ta’ala juga berfirman dalam ayat yang lain:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri-diri kalian dan ahli keluarga kalian dari Neraka.” (Surah at-Tahrim, 66: 6)
Dalam sebuah hadis, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ: اقْرَأْ،
وَارْقَ، وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا، فَإِنَّ
مَنْزِلَتَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَؤُهَا
“Dikatakan kepada shohibul Qur’an (orang-orang yang membaca,
mempelajari, dan mengamalkan al-Qur’an): “Bacalah, dan naiklah, dan
tartilkanlah (bacalah dengan perlahan-lahan) sebagaimana engkau
membacanya di dunia. Kerana sesungguhnya kedudukan engkau di sisi akhir
ayat yang engkau baca.” (Musnad Ahmad, no. 6799. Sunan Abu Daud, no.
1464. Sunan at-Tirmidzi, no. 2914)
Kemudian dalam hadis yang lain, Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
“Sebaik-baik kamu adalah sesiapa yang mengamalkan al-Qur’an dan mengajarkannya.” (Shahih al-Bukhari, no. 5027).
Wallahu 'alam bishowab
www.ilmusunnah.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar