Rabu, 27 Februari 2013

PERHIASAN DUNIA

Bismillahirrahmanirrahim,

Setiap wanita pasti menyukai kecantikan dan mempunyai keinginan untuk menjadi jelita, luaran mahupun dalaman. Dan Allah S.W.T. mencipta kebanyakan manusia itu cukup sifatnya, yakni indah fizikalnya. Ia bergantung kepada wanita itu sendiri sama ada ingin mengindahkan nurani dengan akhlak dan peribadi yg mulia, atau sebaliknya.

“Sesungguhnya Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian,” (At-Tin: 4)

Persoalannya, apakah ciri-ciri wanita yang dikatakan jelita hati dan nuraninya?

Kecantikan Hati
Tiada perasaan riak, ujub dan takbur. Hatinya bersih dari sebarang perasaan iri hati dan hasad dengki. Dia mengharapkan kejayaan dan kegembiraan orang lain, dan tidak mengharapkan nikmat yg dirasai orang sekelilingnya hilang sekelip mata.

Bagaimana untuk mengetahui sama ada diri iri hati ataupun tidak? Tanya diri, apakah dirimu senang meluahkan pujian dan tahniah kepada insan yg mendapat nikmat dariNya dan bahagia hidupnya? Andai sukar, ketahuilah bahawa mungkin hatimu itu ada perasaan sedemikian.

Bagaimana:
Gantikanlah perasaan iri hati itu dengan bersyukur kepadaNya, kerana sahabatmu memperoleh nikmat yg tiada terhingga dariNya. Perbaiki diri, agar diri menjadi lebih baik, bukan mengharapkan hilangnya nikmat itu dari sahabatmu.

Jangan mencari kesalahan orang lain, dan dalam apa-apa permasalahan sekalipun, bermuhasabahlah diri terlebih dahulu dan lihatlah kekurangan diri sebelum menuding jari ke kanan dan ke kiri.

Akhlaknya Solehah
Dia taat kepada Allah dan suruhanNya. Dia menutup aurat sebagaimana disarankan agama, dia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, berbuat baik juga dengan jiran tetangga, taat dan melayan suami dengan sepenuh hati, menjaga dan mendidik anak sebaik mungkin, dan yg paling penting, dia senantiasa memperbaiki dan memperbanyakkan amal ibadahnya.

Bagaimana:
Memahami dan mengamalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran, yakni mengambil ilmu dan beramal dengannya. Menjadikan Allah sebagai tujuan utamanya, yakni setiap perkara yang dilakukan disertai niat kerana Allah.

“Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan sesungguhnya bagi setiap orang itu akan memperolehi apa yang ia niatkan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Lembut Hatinya
Dirinya mudah untuk meminta maaf apabila melakukan kesilapan dan mudah memaafkan insan lain yang melakukan kesilapan kepadanya. Egonya tidak setinggi langit, dan dirinya mudah dibentuk mengikut acuan agama. Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang cukup tinggi dan mudah disayangi.

Bagaimana:
Maafkan segala kesilapan insan lain yg pernah melukakan hatimu setiap hari, yakni sebelum diri melelapkan mata untuk menghadapi hari esok, walaupun insan tersebut tidak pernah meminta maaf. Ringankanlah bibir untuk mengucapkan kata maaf kepada insan lain, kerana mungkin dirimu pernah melukai hatinya tanpa disedari, apatah lagi kalau dirimu jelas melukakan hatinya.

Sejuk Mata Memandang
Wanita sebegini sememangnya mendamaikan perasaan insan yang melihatnya, dan pastilah dapat menenangkan hati si suami tatkala memandangnya.

Bagaimana:
Bersopan santun, sentiasalah memaniskan wajah dengan sentiasa tersenyum, menutup aurat dan juga menundukkan pandangan terhadap perkara yang tidak harus dipandangnya.

Penyayang
Hatinya penuh dengan kasih sayang kepada insan-insan di sekelilingnya, dan juga makhluk-makhluk yg diciptakan Tuhan seperti kucing dan sebagainya.

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa yang tidak menyayangi (mengasihi) sesama manusia, nescaya Allah tidak akan menyayangi (mengasihi)nya," (Muttafaq ‘alaih)

Bagaimana:
Suburkanlah perasaan berkasih sayang di dalam hati dengan menyuburkan keikhlasan terlebih dahulu, yakni berkasih sayanglah kerana Allah, bukan kerana ingin mengharapkan balasan dan sebagainya. Buka hati dan minda untuk melihat kebaikan daripada melihat keburukannya. Fokuslah kepada kebaikannya!

Lemah Lembut
Lemah lembut bicara dan tindak tanduknya. Lemah lembut ini tidaklah bermakna dirinya lemah, yakni mudah ditindas sewenang-wenang dan sebagainya. Lemah lembut menjadi satu tarikan dalam dirinya, yg boleh menjadikan insan di sekelilingnya hormat dan menyayanginya.

Bagaimana:
Tidak meninggikan suara melebihi dari yg seharusnya. Mengucapkan kata-kata yg perlu dan bukannya bicara yg menyakitkan hati dan telinga. Fikir sebelum meluahkan kata-kata dan fikir sebelum melakukan apa sahaja tindakan. Lunakkan suara apabila berbicara, namun bukan pada lelaki yg mahram dan sebagainya.

Penyabar
Dirinya tidak mudah mengikut nafsu amarah dan ego yang menjulang tinggi ke langit. Dirinya tidak mudah melenting apabila ditegur dan dimarah.

Bagaimana:
Tarik nafas sedalamnya apabila marah. Sekiranya waktu itu sedang berdiri, duduklah. Sekiranya waktu itu sedang duduk, maka berbaringlah. Dan andai perasaan marah itu juga tidak menghilang, ambillah wuduk dan berzikirlah mengingatiNya. Andai anda marah kerana teguran, bermuhasabahlah. Mungkin teguran itu baik untuk anda dan anda tidak menyedarinya.

"Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring," (Hadith Riwayat Ahmad & Abu Daud)

“Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk, ”(Hadith Riwayat Ahmad & Abu Daud)

Berkeyakinan Diri
Dia berbicara dengan penuh yakin. Dia berjalan dengan penuh yakin. Dia meluahkan pendapatnya dengan yakin. Namun ia tidak bermakna dia menganggap pendapatnya benar belaka, dan berpendapat untuk mencari kebenaran, bukannya untuk sebuah kemenangan.

Bagaimana:
Menjadi diri sendiri yakni segala tindak tanduknya berasal dari hati dan jiwa yang ingin berubah ke arah kebaikan, bukan kerana terikut-ikut dengan orang lain. Apabila diri menjadi diri sendiri, keyakinan itu akan terserlah dengan sendirinya dan diri tiada dibayangi insan lain.

Bahasa Tubuh Yang Baik
Wanita yang mempunyai bahasa tubuh yang baik ini biasanya mudah didekati dan mudah juga menawan hati yang melihatnya.

Bagaimana:
Ekspresikan pendapat dan perasaan anda melalui tubuh, namun jangan sampai melampaui batas dan berlebih-lebihan. Bahasa tubuh memudahkan mesej yg ingin disampaikan lebih mudah diterima dan difahami oleh si pendengarnya. Senyumlah ketika berbicara dan jadilah pendengar yg baik juga.

Bersemangat dan Bermotivasi
Hatinya selalu berkobar-kobar dan dipenuhi dengan perkara-perkara yg positif, dan tidak mudah untuk berputus asa sebegitu sahaja. Bicaranya bersemangat dan boleh juga menaikkan semangat dan motivasi insan yang berada di sekelilingnya

Bagaimana:
Fikirkan perkara-perkara positif dan buanglah segala perkara yg negatif. Selalu ingin memajukan diri dan berusaha untuk menjadikan hari ini lebih baik dari sebelumnya. Selalu bermuhasabah dan memperbaiki segala salah silap dan berusaha menjadikan setiap hari yang dilaluinya itu produktif.

Mencintai Ilmu
Wanita sebegini mempunyai ilmu di dada, dan juga mengamalkan apa yang diketahuinya. Dia dihormati dengan ilmu yang diketahuinya, namun tidak mendabik dada dengan segala ilmu pengetahuannya dan selalu merasakan ilmunya tidak pernah cukup, menyebabkan dia begitu dahagakan ilmu.

Bagaimana:
Perbanyakkan membaca dan isilah masa terluang dengan membaca dan berfikir. Catat apa yang dipelajari kedalam buku atau jurnal supaya dapat merujuk kembali andai terlupa apa yang telah diketahuinya.

Berprinsip
Hidupnya penuh berprinsip iaitu ia menjadi agama sebagai sandarannya. Berprinsip tidak bermakna kaku, namun dia menjadi fleksibel apabila perlu tetapi tetap tidak melampaui batas agama.

Bagaimana:
Terapkan apa yang diajar Al Quran dan sunnah ke dalam diri dan jadikanlah Al Quran dan sebagai panduan harian. Berprinsip akan menyebabkan diri dihormati, dan tidak diperlakukan dengan perkara yg tidak baik sewenang-wenangnya.

Cantik
Dia tahu apa yang cantik untuk dipakainya namun dia tidak melampaui batas dan juga tidak bertabarruj.
Walau apa yang dipakainya, dia tetap menutup aurat dan tidak mempamerkan keindahan tubuh kepada bukan yang berhak.

Bagaimana:
Ambil tahu perkembangan fesyen namun memilih-milih apa yang baik dan tinggalkan apa yang buruk. Menjaga bentuk badan sewaktu gadis dan juga setelah berkahwin dan mendapat anak namun hanya menunjukkan kecantikan tubuh badan kepada yg berhak yakni suami. Jagalah kehalusan kulit dengan rawatan tertentu agar kulit cantik dan berseri.

Ketahuilah apabila kecantikan seseorang itu benar-benar akan terserlah apabila cantik peribadinya. Memiliki kecantikan luaran sahaja umpama kerang yang tidak berisi, digilap dibersih nampaklah kecantikannya namun tetap kosong. Memiliki kecantikan luaran dan dalaman umpama kerang yang berisi sebuah mutiara yg begitu indah, menyebabkan dirinya begitu berharga dan dilihat sungguh indah. Apabila dimiliki, sukar untuk dilepaskan.

Mungkin ada seribu lagi cara bagaimana untuk menjadi cantik nurani dan hati, jelita dalaman dan luaran namun apa kata sekiranya diri fokus pada apa yang telah disenaraikan di atas terlebih dahulu, agar apa yg asasnya itu teguh dan kukuh.

“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah,” (Hadis Riwayat Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)


http://www.facebook.com/p-Lembut-HatiMu-Anggun-PribadiriMU

BIDADARI SYURGA MENANTI

 Assalamu'alaikum..
Sahabat sekalian yang dimuliakan Allah..
Tidak dipungkiri lagi bahwasannya bidadari surga yang selalu disebut Allah dalam Al-Qur’an, mampu membuat kaum muslimin berfasta biqul khairat untuk memperoleh bidadari-bidadari surga tersebut. Sebab salah satu kenikmatan surga yang selalu diidamkan oleh setiap kaum muslimin khususnya kaum laki-laki adalah ingin mendapat pelayanan dan cinta kasih bidadari.

Bagaimana tidak ingin bidadari surga? Berbagai keterangan tentang bidadari surga, baik tentang keelokan parasnya, kecantikannya, keharuman tubuhnya serta keperawanannya yang tidak pernah hilang, membuat banyak orang merindukannya.
Orang-orang yang beriman kepada Allah kelak akan mendapatkan pendamping (istri) dari bidadari-bidadari Surga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur’an yang mulia, diantaranya :
“Dan (di dalam Surga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik.” (QS. Al Waqiah : 22-23)
“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (QS. Al Waqiah : 35-37)

“Dan di dalam Surga-Surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.” (QS. Ar Rahman : 56)
Dari sini munculah pertanyaan yang seolah-olah mempertanyakan keadilan Allah tentang laki-laki, wanita dan adanya bidadari surga. Mengapa laki-laki dijanjikan Allah memperoleh bidadari di surga? Mengapa wanita tidak dijanjikan mendapatkan bidadari di surga? Adilkah Tuhan?

Meskipun bidadari surga itu memiliki banyak kelebihan dan derajat terhormat, tetapi di dalam surga mereka masih kalah mulia dengan wanita dunia yang solehah. Mari kita simak percakapan Rasulullah Saw dengan salah satu isterinya yaitu Ummu Salamah r.a.
Ummu Salamah bertanya, “Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari bermata jeli?
Rasulullah saw menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat.”
Ummu Salamah bertanya, “Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?”
Rasulullah saw menjawab, “Karena sholat mereka, puasa mereka dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan:

cahaya di wajah mereka
Tubuh mereka adalah kain sutera
Kulitnya putih Bersih
Pakaianya berwarna hijau
Perhiasannya kekuningan
Sanggulnya mutiara
Dan sisirnya terbuat dari emas.

Mereka berkata (wanita shalehah) “Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami ridha dan tidak pernah bersungut sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya…”
Subhanallah, alangkah hebatnya Allah memuliakan wanita. Begitulah cara Allah menciptakan bidadari surga untuk memuliakan wanita sholehah. Dengan begitu apakah para suami akan memilih bidadari surga ataukah isteri sholehah yang di surga kelak menjadi sangat cantik melebihi bidadari?

Dan tak hanya di akherat, wanita solehah mendapat kemuliaan juga di dunia, sebagaimana sabda Rasullulah Saw : “Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita shalehah” (HR.Muslim)
Sebaik-baik wanita adalah wanita sholehah dan sebaik-baik laki-laki adalah yang memuliakan wanita. Semoga kita menjadi muslim dan muslimah yang soleh, Allah Ta’ala berfirman:
“…dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. An Nisa’ : 13).
Wallahu A’lam Bis Shawab.

Jumat, 08 Februari 2013

RIWAYAT KH. ABDULLAH ZAWAWI I'DZOM



 Bismillahi, subhanallahi, wal hamdulillah, wala ila hailallah wallahu akbar..
Dengan penuh rasa kasih sayang yang dimiliki Allah sehinga Allah benar memuliakan dan meninggikan derajat seorang hama yang berilmu agama tinggi, menjadi teladan panutan hingga tempat bertanya berbagai persoalan syariat, tarekat, ma'rifat dan hakekat..
Allahummaghfirlahu..
almarhum, al alamah, al arif billah..

Beliau bernama Abdullah Zawawi bin H. Anwar beliau lahir di Palembang senin malam selasa tanggal 30 agustus 1930 di daerah 10 ilir Palembang yang dulu sering disebut karang bengkuang, pada tahun 1946 beliau pindah ke 1 ilir Palembang dan tinggal di musholla/langgar sungai rengas. 
Dan pada tahun 1956 diangkat menjadi P3NTR kelurahan 1 ilir Palembang sampai dengan tahun 1984.
Pendidikan beliau mulai pada tahun 1937 sampai dengan 1957 yaitu:
1. MI. Baitul Ulum pimpinan KH. Mu’allim Umar
2. Tsanawiyah dan ‘Aliyah Showlatiyah di daerah 22 ilir pimpinan KH. Umar Kotabumi
3. Akademi Dakwah BASIS pimpinan KH. Muharrom Syaribi

Disamping itu juga beliau banyak memperdalam ilmu agama dengan ‘Ulama-‘Ulama besar dimasanya yakni:

1. Kiyai Abunawar beliau mempelajari kitab Jurumiyah ( ilmu nahwu ), Matan Bina’ ( ilmu shorof ), Al-Qur’an, tauhid, Sifat dua puluh, dll.

2. Kiyai Hasanudin bin Abdurrohman pada tahun 1950 beliau mempelajari kitab Jurumiyah ( ilmu nahwu ), Kawakibud Durriyah ( ilmu nahwu ), Tijanud Durori ( ilmu tauhid), Kifayatul ‘Awam ( ilmu tauhid ), Maroqil ‘Ubudiyyah ( tasawuf ), Riyadhul Badi’ah ( ilmu fiqih dan tauhid ), Jalalain ( ilmu tafsir Al-Qur’an ), Fathul Qorib ( ilmu fiqih ), hadist, dll.

3. Kiyai Sayyid Ali Al-kaf ( Kiyai yayik ) beliau mempelajari kitab Ainul Yaqin ( ilmu tarikh ), Matan Alfiyah ( ilmu nahwu ), Ibnu ‘Aqil ( ilmu nahwu ), I’anatut Tholibin ( ilmu fiqih ), Hikmatut Tasri’ ( ilmu hikmah ), Ihya ‘Ulumuddin ( ilmu tasawuf ), Jawahirul Bukhori ( ilmu hadist ), Mukhtarul Ahadist ( ilmu hadist ), Faro’id ( ilmu waris ), Marah Labit ( ilmu tafsir Al-Qur’an ), Sullamul Fiqh ( ilmu manthiq ), Ilmu Ma’ani, Jauharul Maknun ( ilmu bayan ), Jalalain ( ilmu tafsir Al-Qur’an ), Ushul fiqh, Kawakibud Durriyah ( ilmu nahwu ), dll.

4. KH. KMS Umar Abdurrahman 19 ilir beliau mempelajari kitab Hidayatus Salikin ( ilmu fiqih dan tasawuf ), Hikam ( ilmu tasawuf ), Sairus Salikin ( ilmu tasawuf ).

5. Kiyai Zaini Zainal dan Habib Masyhur pada tahun 1960 beliau mempelajari Al-Qur’an ( tajwid ), Ghoisun nafa’ ( ilmu qiro’at ), Sirojul Qori’ ( Qiro’at ).

6. KH. Husin Abu Mansyur tahun 1950 beliau mempelajari bahasa arab, Insanul kamil ( ilmu hakikat ), Durrun Nafis ( ilmu tuhid ), dll.

7. Kiyai Madyan tahun 1958 beliau mempelajari kitab kifayatul Atqiya’ ( ilmu tasawuf ), Mizan Sya’roni ( ilmu fiqih ), Dala’ilul Khoirot ( sholawat ), Al-Mihlat.

8. Habib ‘Alwi bin Ahmad Bahsin ( Mu’allim Nang ) pada tahun 1951 beliau mempelajari kitab Risalatul Mu’awwanah ( ilmu fiqih,tauhid dan tasawuf ), dan mendapatkan ijazatul Khos ( ijazah khusus ) untuk seluruh ilmu hizib dan ilmu hikmah.

9. Habib Ahmad bin Zen Syahab pada tahun 1970 beliau mempelajari berbagai macam amalan, do’a, sholawat dan zikir.

10. Habib Umar Syahab 13 ulu beliau mempelajari kitab Mizan Sya’roni ( ilmu fiqih ), Kifayatul Atqiya’ ( ilmu tasawuf ).

11. Kiyai Abdurrahman Zubair beliau mempelajari kitab Tauhid dan ijazah zikir La Ilaha Illallah.

12. Kiyai Malian zaman beliau mempelajari bahasa arab dan syair-syair bahasa arab

13. Kiyai Wasi’uddin beliau mempelajari kitab Babul Haji

14. KH. Syazari beliau mempelajari kitab Syarqowi ( ilmu tauhid ).

15. Kiyai Daud Rusdi

16. KH. Bahri bin Panda’ beliau mempelajari ilmu Mantiq dan ilmu-ilmu hikmah

Disamping itu juga beliau berperan penting dalam menyebarkan agama islam di Palembang ini. Ini terbukti dari banyaknya tempat beliau mengajar mulai dari tahun 1952 sampai sekarang yaitu:

1. Rumah Mamat bin Anang
2. Rumah Abdurrahman 2 ilir
3. Musholla Al- Ikhlas
4. Masjid Al-Muhajirin 3 ilir
5. Musholla Darussalam 11 ilir
6. Musholla Nurul Iman
7. Musholla Riyadhus Sholihin
8. Masjid Al-Mukhlisin
9. Masjid Jauharul Iman
10. Musholla H. Syamil
11. Musholla Damai 10 ulu
12. Musholla Damai 5 ilir
13. Musholla Jami’atul Khoiriyah
14. Masjid An-Nur
15. Masjid Agung Palembang  dan 40 tempat yg tak tersebutkan

Dan sampai sekarang beliau masih aktif mengajar di Masjid Agung Palembang dan majelis beliau yang bernama Majelis Sultan Agung guna melanjutkan perjuangan para guru-guru beliau dalam menyebarkan ilmu agama di kota Palembang yang kita cintai ini.

Inilah ringkasan dari riwayat hidup dari guru kita KH. Abdullah Zawawi sebagai peringatan bagi anak cucunya serta murid-murid beliau kelak. Semoga ringkasan riwayat hidup ini bermanfa’at bagi kita semua guna menambah semangat untuk lebih giat lagi menimba ilmu agama dari ‘Ulama-‘Ulama yang berada di Palembang ini. 
akhir khusnul khatimah beliau telah menjumpai akhir hayatnya selasa tanggal 05 februari 2013 dirumah sakit mochamad hosein, pukul 16.05 palembang.. setelah 10 hari bertawajjuh di alam malaikat muqorrobin. 
 Amin 
Wllahu 'Alambishowab.