Pilihan tempat berlangsungnya majlis akad nikah juga penting dalam
menentukan keberkahan dalam kehidupan suami isteri.
Kita bersyukur
kerana sudah menjadi tren pada hari ini, upacara perkahwinan dilakukan
di dalam masjid.
Tujuannya sudah tentu untuk keberkatan. Memang masjid
tempat yang paling sesuai untuk upacara pernikahan kerana
setidak-tidaknya di masjid tidak ada orang yang berniat jahat.
Maka
upacara akad nikah berlaku dalam keadaan tiada seorang pun yang
menanggung dosa. Itulah arti keberkatan.
Tetapi dalam pandangan mereka menggunakan kemudahan rumah Allah
ini, mereka lupa beberapa pantang an yg musti diperhatikan. Ada beberapa perkara yang
jarang diberi perhatian. Mereka lupa dalam masjid terdapat adab sopan
yang perlu dipatuhi oleh orang yang berada dalam majlis itu. Antara yang
penting ialah:
- Berpakaian menutup aurat dengan sempurna khususnya kepada wanita
- Niat iktikaf di Masjid
- Menghormati jemaah lain yang sedang beribadah di dalam masjid
- Mulaikan dengan solat Tahiyatul Masjid dan solat sunat yang berkaitan
- Tidak bercampur dan bergaul terlalu bebas antara lelaki dan perempuan
- Jika pengantin perempuan didatangi haid dan tidak dapat hadir ke masjid, maka wali boleh menjemput jurunikah datang ke rumah terlebih dahulu untuk proses wali meminta izin dan menyerahkan wakilnya kepadapenghulu
- Pengantin perempuan yang haid boleh juga hadir ke masjid pada hari akad nikah tetapi dinasihati agar tidak masuk ke dalam Ruang Solat masjid
- Barang-barang hantaran diserahkan selepas akad nikah di rumah pengantin perempuan bukan dimasjid.
- Jika boleh, hanya mas kawin saja yang dibawa ke masjid. Majlis penyerahan mas kawin suami kepada isteri boleh dilakukan di masjid, tetapi upacara menyarungkan cincin hendaklah dilakukan di rumah pengantin perempuan
- Jangan bergambar atau untuk bergambar secara melampau di dalam masjid atau di sekitar kawasan masjid
Panduan ini tidaklah susah untuk dipatuhi, namun masih terdapat
lelaki atau perempuan yang sering mengabaikannya. Masih terdapat
perempuan yang memakai pakaian yang tidak sesuai dengan suasana masjid.
Ada yang mempamerkan wajah mekap dan menor yang mempesonakan, bahagian dada yang
masih tidak ditutup sepenuhnya meskipun sudah mengenakan kain Ketudung.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar